chak! hello everyone..


Sunday, November 27, 2011

Matikan Aku Dalam Keadaan Bersujud.. Amin



Ya Allah yg maha pencipta setiap yg ada dibumi.. sesungguhnya aku manusia yg sentiasa melakukan silap.. tiada lain yg aku pohon selain hanya Kau ampun segala dosa2ku walau sebesar zarah.. dalam setiap perincian hidupku tidaklah aku terlepas dari melakukan perkara yg Kau murkai.. ampunkan aku Ya Allah.. aku tahu setiap apa yg telah Kau berikan kepadaku samada aku dalam keadaan sedar dan leka tiada yg sia-sia.. aku sujud syukur padaMu..Terima Kasih atas Hidayah yg kau beri disaat usia yg masih muda ini.. Terima Kasih juga kerana aku yg Kau pilih..Demi keranaMu Ya Allah, aku jalani kehidupan dgn sekuat hati yg telah kau kurniakan..Kau wujud diawal dan diakhir setiap langkah kehidupanku membuatkan aku sentiasa berteman..TERIMA KASIH YAALLAH swt..hanya aku pinta kepadaMu apabila sudah tiba diakhir nafasku Kau ambillah aku dalam keadaan bersujud.. itu saja pintaku.. Hanya Kau yg berhak menentukan sesuatu atas ketetapan dan keizinanMu..Kau kabulkan doaku ini.. Amin